Wednesday, April 13, 2011

Slot Muhasabah!

Assalamualaikum wahai saudara, saudariku! (sapa2 yang baca lah!)


kita nak cerita pasai apa pulak nih? hurm, kali nih, lebih kepada bentuk muhasabah diri kita..ya! muhasabah diri ini dapat mengukur kekuatan iman kita, insyaallah!


Sabda Rasul, "Ibda' binafsik (mulailah dari dirimu dulu)


so, marilah kita dulu mula bermuhasabah diri kita..di pagi yang hening ini, cuba kita lintaskan kat hati kita..apa selama ini kita berada di landasan yang betul??


apa yang kita lakukan selama ini dengan niat FILLAH?


betul ka kita study kerana Allah?
betul ka kita beribadah kerana Allah?
betul ka kita bersosial kerana Allah?
betul ka kita ingat Allah dalam setiap langkah kita?


Jawapan nya kita sendiri yang taw!


cuba teliti elok-elok, selama kita hidup ni, pernah tak kita bersyukur dengan nikmatNYA?
pernah tak kita buat yang terbaik untukNYA? sedang Dia selalu bagi yang terbaik untuk kita..selalu tak kita langgar perintahNya? kita buat tak semua suruhanNya?


tak perlu hipokrit..jujurlah pada diri anda, saudara!
kalau benar, atau salah Dia maha mengetahui!


Ingat tak kita nak rewind balik perilaku kita sehari-hari?


Memang iman kita tak selalu consistant, tak akan selalu meningkat macam iman para malaikat!
tapi, iman kita mampu meningkat, kalau kita berbuat baik..so, wat lah amal jariah! amal maaruf nahi mungkar!


Pernah terfikir tak, bagaimana hebat kekuasaan Allah?
jadikan kita manusia hebat?
jadikan makhluk sekecil2 zarah?
gerakkan awan, bulan, bintang di angkasa?
memerhati semua makhlukNya dalam satu masa?


kalau fikirkan balik, semua kekuasaan Allah, ucap lah subhanallah, maha suci Allah!
hebat! maha hebat!


saudara..


ingat lah bila kita nak buat sesuatu maksiat tu, fikir balik..
sanggup tak kita nak menghadapi neraka Allah?
sanggup tak kita nak menghadapi azab siksa kubur?
sanggup tak kita nak menghadapi soalan2 mungkar nangkir?


sedangkan penjara dunia sahaja sudah cukup menyeksakan!
sedangkan azab siksa dunia seperti kebulur sahaja cukup menyeksakan!
sedangkan soalan2 pepriksaan akhir sem pon kita payah nak skor!


saudara!


apa kita betul2 kasih, sayang dan cinta pada Dia?
sebagaimana Dia kasihkan makhluknya?
apa layakkah kita melupakan, dan meninggalkan Dia walau sesaat setelah semua yang Dia berikan?
apa layak kita nak demand dgn Nya, setelah Dia curahkan segalanya?
apa layak kita nak mempersoal kekuasaanNya, setelah semua nikmat kita kecapi?
apa layak kita memberi mempersoal takdir yg ditentukanNya setelah Dia mengatur segala2 nya?


LAYAKKAH KITA?


tak! kita tak layak langsung! 


tak mahu kah kita menatap wajah Nya di akhirat nanti??
tak mahu kah kita duduk dalam syurga yg sebenar2nya nanti?
tak mahu kah kita menikmati kemanisan iman ?
tak mahu kah kita mendapat pandangan kasih dariNYA??


tepuk dada, tanya imam!


*ayuh! kurangkan pahala, tingkatkan iman!

No comments:

Post a Comment