Tuesday, April 5, 2011

keutamaan cinta kepada Allah dan dorongan untuk mencintai-Nya

Dari Anas r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w., baginda bersabda:
"Ada tiga hal di mana orang yang memilikinya akan merasakan manisnya iman iaitu: mencintai Allah s.w.t. dan Rasul-Nya melebihi segala-galanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah s.w.t., dan enggan untuk kembali kafir setelah diselamatkan oleh Allah s.w.t. daripadanya sebagaimana enggannya kalau dilemparkan ke dalam api." (HR Bukhari dan Muslim) ~Riyadhus Shalihin 1:209~

Renungkan sejenak tentang diri kita, adakah kita mempunyai ciri-ciri yang disebutkan dalam hadith di atas? Dewasa ini kita lebih mencintai harta, isteri, anak-pinak, rakan taulan dan lain-lain lagi lebih daripada cinta kita kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya. Kita mampu mengalirkan airmata kesedihan yang tak terhingga hingga mengabaikan kehidupan kita apabila kita ditinggalkan oleh orang yang kita sayangi, tetapi adakah kita menangisi perbuatan maksiat yang kita lakukan setiap detik dan waktu? Adakah kita menitiskan airmata keinsafan dan kekesalan apabila kita tidak mematuhi hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah s.w.t.?

Sebenarnya segala persoalan ini kulemparkan untuk diriku sendiri yang banyak melakukan dosa dan maksiat kepada-Nya. Ya Allah! Ampunilah dosa-dosa hamba-Mu ini, kerana hanya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang lagi Maha Mengampuni.
~~LAMAN TAZKIYATUN-NAFS


No comments:

Post a Comment