Allah! hebat tang mana sangat? maafla, msej ni ta ditujukan kepada individu, tapi hanya sekadar nasihat buat semua dan jugak diri ini yang kadang-kadang terasa diri ni hebat gak laa..
yelaa..
1. Dapat awek cun / balak hensem!
2. Dapat pulak markah tertinggi dalam subjek2 tertentu..
3. Dah tu, terasa hebat la, bila jalan2 kat luaq, ramai yang memerhati kita, segak aku nih! hebat!
4. Hebat la aku, akademik pandai, sukan tip top! top student lagi!
5. Wuu, tengok aku pi skolah naek kreta merz! hebat! hampa ada??
haa..ini lah namanya takbur, riak, sombong, bongkak! ingatlah, wahai saudara dan saudariku, yang paling ebat di sisi Allah SWT itu adalah insan yang paling bertaqwa..tak caya? mai tengok bawah ni :
Yang Paling Mulia di sisi Allah adalah yang Paling Taqwa
“Hai manusia. sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antaramu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (TQS.49:13)
Maka, hampa paham tak lagi? sebanyak mana harta hampa, sesegak mana muka hampa, sehebat mana pun hampa, semua tu last2 Allah tak tengok aih! yang Dia tengok adalah sebanyak mana TAQWA kita ..ya, TAQWA! TAQWA tu apa..maksudnya ialah kita sentiasa ikut suruhan Allah, dan segera meninggalkan laranganNYA..
so, jelaslah kat sini..kita ni tak hebat mana pun di depan Allah..kita ni semua sama, cuma hambaNya yang lemah, hina lagi dina..yang membezakan kita, yess, TAQWA..
Jadi, tak payah la kita nak bangga sana sini, kata kita hebat! bangga boleh, tapi, yang sekadarnya sahaja..jgn dok over2 bangga plak no! kita kena ingat mana asal kita..ingat dunia ni sementara sahaja..tu pun pinjaman dr Dia..jangan ingat kita boleh control semua..jangan ingat kita berjaya atas usaha kita..jangan2! sesungguhnya, Allah SWT yang ada di sebalik setiap kejayaan kita..jangan mimpi lah nak berjaya kalau tanpa pertolongan ALLAH..jangan mimpi lah nak jadi segak..sekali Allah SWT tarik nikmat kita ada tu, baru taw! baru reti nak bersyukur..jangan macam tu, saudara! sebaiknya, kita mensyukuri segala2 nikmat yang Dia bagi..
Pernah terpikiaq tak? kita ni hidup dah lama gak la..macam sy dah nak msuk 19 tahun! bayangkan berapa banyak nikmat Allah dah bg kat kita? dari mula2 kita lahir..ok, dari dalam perut lagi..Alhamdulillah, tak terkira banyaknya..cuba pkikiaq, kalau oksigen kat dunia ni, Allah bagi manusia handle..alamat, tak lama la kita hidup..ya lah, kalau manusia handle, mesti semua kena charge! well! kita hidup zaman metropolita, semua perlukan duit! tapi, tgok betapa Allah itu maha pemurah, dia bg free kat kita! tu belum kira rezeki yang Dia bg kat kita..mak ayah kita, kawan2, ilmu..yang paling tinggi nilainya iman dan Islam..hah! bersyukurlah kita sebab hidup sebagai Muslim..harap2 mati pun sebagai Muslim lah! Kalau nak cerita bab keistimewaan Muslim, Islam yang kita pegang ni memang panjang..tapi, yang paling penting, saya nak ckp kat sini, apa-apa pun yang kita buat, berusaha lah! berusaha semaksimum mungkin, kemudian kita sandarkan kepada DIA..sesungguhnya Dia maha adil..Dia taw, kita layak ka tak layak dapat kejayaan! kadang2 kita dapat kejayaan, tapi usaha kita sikit, tu Allah nak uji kita tu! nk tengok kita ni spesis yang reti bersyukur ka tak! adapun, yang usaha "gila", tapi, tetap tak dapat kejayaan..tu Allah nak uji gak tu, nak tengok sama ada kita akan bputus asa ka tak lepas ni, kita nak bgantung pada Dia lg tak..sesungguhnya Dia maha mengetahui segala sesuatu di muka bumi ni..
Jangan pulak bila kita tak hebat, tak dapat kejayaan, kita kecewa langsung! terus putus asa..jangan lah macam tu..Allah tahu takat mana kemampuan kita, sebab tu Dia uji kita..tanpa ujian, kita takkan taw takat mana iman kita..kdg2 ujian tu, bole jadi penawar kepada dosa2 kecil kita..so, bersyukurlah, kalau kita di uji..
Hebat tak hebat diri kita Allah SWT yang tahu! ada pulak yang dok cakap, 'aku hebat sebab usaha aku'! baiklah! kalau usaha hampa, tanpa bantuan dr Dia, tak jadi apa..ok, kalau hampa kata semua yang hampa buat, atas usaha hampa sendiri..ok! saya nak tanya!
saya : boleh tak hampa gerakkan tangan hampa?
depa : boleh! benda senang ja~
saya : ok, boleh tak hampa gerakkan kaki hampa?
depa : boleh! hg ni dok buat apa ni?
saya : sat la, sekarang boleh tak hampa pegang dada hampa, kawal rentak jantung hampa?
depa : hah, gila ka?? mana boleh! ni sains taw dak, organ dalaman gerak sendiri..
saya : hah! itulah yg sy nak kata..organ dlmn bgerak sendiri..sapa yg gerakkan? sains? sains tu sapa? even benda yang ada dlm badan hampa sendiri pon, hampa tak boleh nk kawal, tgok pon xboleh kan? haa..so, tak pyh nak belagak laa kan..semua tu ciptaan Allah, Dia permudahkan kita! kalau kita boleh kawal jantung, paru2 dan sebagainya, takut plak kita ni tsalah langkah! yalah, maybe, kita kot2 terlalu sibuk dgn dunia, terlupa nak gerakkan organ dalamn kita..tak ka naya? hah, so, jelas lah..Allh tu ada di sebalik kejayaan kita..jelas, Allah tunjang kpd kejayaan kita..jgn berlagak dah no..kecuali kalau hg boleh kawal organ dalaman hg sendiri, hg nk blagak, silakan~
depa : err!~
*watak saya dan depa dalam dialog di atas ni, adalah ilusi saya semata2..terima kasih kerana membaca dan smoga mdapat manfaatnya..sgala yang baik sesungguhnya dr Dia, yg buruk, dr sy sendiri! assalamualaikum~
wana : faz, pas nie leh tulis byk2 lagi nie..ada bakat.. :)
ReplyDeletewana : ceh..org suh comment kat luaq ja..dia comment kat cni plak..hee! insyaallah! jom la sama2 buat..pki bhsa qlate pon bole
ReplyDeletefaz: hm.. rasa nak mengalir air mata ni bila baca posting yg ni.. trima kasih again kerana mengingatkan kami yg sering lalai ni.. =)
ReplyDeletemira : alhamdulillah!sama2 kita saling mengingati, insyaallah!
ReplyDelete